LV tak mampu kot, nak Radley jer.. tapi boley ke?

Nak pakai handbag pon kene la tengok mampu ke tak. Bukan tak boley nak berangan, tapi kalau berangan pon, macam buang masa jer. Baik tak payah berangan langsung kan.

Saya terminat Radley hangbag since last year. Unik. Bukan sebab anjing2 comel, tp design Radley memang kene dengan taste.

Selalu gak usha secara tak sengaja. Maksud nyer, ternampak orang pakai beg Radley. Kadang2, pergi kedai usha kat kedai. Tapi, bila nak beli?

Kalau ader rezeki, ader la!’

Advertisements

Suzuki cup

Sebelum memori pasal bola sepak yang ku saksikan sendiri daripada 2 biji bola mataku sendiri kat Stadium Putra Bukit Jalil lupus dari sehari ke sehari, baik aku citer kat sini dulu.



Masa ni pukul 6 lebey kot.. Penuh giler stadium. 1/4 adalah penonton Indonesia. Baik kan tuan rumah sebab sediakan suku daripada stadium utk penonton pasukan lawan. Tapi biler penyokong Malaysia datang Indonesia, seat mana yang diorang sediakan? Tengah2 penyokong Indonesia? Memang patut penyokong Malaysia menonton perlawanan daripada skrin besar dekat Malaysia embassy dengan penuh protes.

Masa member ofis ajak pegi, macam malas je nak pegi sebab hari Ahad. Sebab ramai membe yang pegi, dan disebabkan tak pernah pergi stadium dan tengok bola, maka aku setuju jer la pegi. Rm30 hengget jer kot. Bukan tiga ratus.

Bila masuk stadium, semangat nasionalisma tu, macam tinggi sangat. Sebab sumer orang pakai baju kuning. Bawak bendera Malaysia. Sorak ramai-ramai. Tak pernah rasa sesemangat tu. Walaupon semangat kebangsaan tinggi menggunung, perasaan bakal dikecewakan oleh pemain Malaysia pon tinggi jugak. Tak konfiden la Malaysia akan menang. Kalo masuk gol pon, sebijik jer kot. Tapi mesti Indon sumbat byk gol. Perasaan tu pon sebab Malaysia kalah 5-1 dengan Indon sebelum tu.

Yang paling kelakar tu, aku tak kenal pon sorang pemain Malaysia. Kalau kembar tu main, maka kenal la diorang berdua tu. Owh, ya, kenal la Amri Yahyah. Tu pon sebab beliau pernah sumbatkan gol masa lawan Man U satu ketika dahulu. Dan tak diluperkan, Rajagobal.

Masa dah start lawan, rasa macam biasa je. Indon macam tak terer. Si penjaga gol, Fahmi, ceh masa tu tak kenal pon, macam tak penat pon. Tak berkerja keras pon nak jaga gol. Sebab Indon tak serang sangat. Ada la 2-3 kali jer kot. Tp gol2 tu tak menakutkan pon. Setakat aku jaga gol pon leh sambut bola2 tu.

Bila dah start second half, baru la best. Tapi bila insiden laser happened, aku kuar beli makanan. Lapar. Bila dah masuk, nampak keeper Indon sebuk dengan pengadil. Last2 keluar announcement suruh jangan keluarkan laser.

Bila start jer balek game, masuk gol yang pertama. Masa tu memang tak sangka sebab gol masuk depan mata. Almaklumlah seat kat depan. Memang riuh satu stadium. Sorak tak hengat. Masa tu, sapa2 yang tak kenal pon sorak sama2. 1 Malaysia sungguh.

Same goes to the 2nd and the 3rd goal. Ghairah sungguh masing2. Bila gol ke3 dah masuk, seat Indon dah kosong. Keciwa sungguh team garuda.

Yang tak best nyer masa game ni, penyokong Indon baling botol pada FRU. Penyokong Msia baling botol ke player Indon masa corner kick. Baling mercun. Sungguh tak bertamadun. Orang Msia tak behave. Malu sungguh.

Apa2 pon, memang best la dapat tengok dekat stadium. walaupon masa tu, tatau siapa yang sumbatkan gol. Main sorak jer. Player Msia memang play their best malam tu. Hopefully, they will play better masa kelayakan Sukan Olimpik nanti.

Jepun

Bukan nak di agungkan sangat, tapi, saya plan nak gi Jepun!

Tak caya ker? Kalo tak beli CCN, agak2 nyer saya dah gi Jepun last year.

Sebenar nyer ni, saya agak teruja la jugak nak pegi. Tapi sebab tak buat passport lagi, saya tak berapa nak teruja. Walaubagaimanapun, hati saya tetap tengah berbunga2 ni. Berbunga-bunga bak bunga sakura yang sedang mekar di negara matahari terbit tu.

Nantikan sahaja perkembangan persiapan ku ke negara Jepun!

Sayonara!!

CCN dah kene basuh hari ni

Hajat terpendam daripada last week akhir nyer termakmul apabila aku berjaya jua akhir nyer untuk membasuh kereta ku. Cian CCN dah lama tak kene basuh. Side mirror pon dah clear giler. Selama ni tengok samar2 jer.. Hahahaha.. Tp yang sedih nyer… Ari nak ujannnnn… Uwaaaaaaaa… Baik tak yah basuh….

Nov 13, 2010

Hari ni, genap 4 tahun saya bekerja di ExxonMobil. Kalau user Baytown Refinery tak tanya berapa lama saya keje, mungkin saya akan lupe tarikh keramat ni.

Apa yang saya dah dapat sepanjang kerja di sini?
1. Duit
2. Friends
3. Stress

Haih…

Dan hari ni jugak, saya dapat berita daripada kawan baik saya bahawasanya purse saya yang telah hilang di rumah beliau telah berjaya dijumpai di dalam toilet. Hurmmm… Mengapakah kejadian itu terjadi ? Siapakah gerangan yg mencopet purse ku itu ? Huhuhu… Memang nak keje pedajal laaaa….